Hasimah menunjukkan menu baru megi tiram yang diperkenalkan dan mendapat sambutan dalam kalangan penggemar tiram. |
BACHOK: Bekas peserta Jaguh Kampung 2012, Hasimah Nor, 47, tidak pernah
kecewa walaupun hanya mendapat tempat kedua dalam siri itu apabila
ditewaskan peserta pasukan Pahang.
Hasimah yang menyertai rancangan Jaguh Kampung bersama dua lagi teman sekampungnya membawa nama Kelantan hingga ke peringkat akhir pada pertandingan tersebut di Janda Baik, Pahang.
Pengalaman yang dikutip sepanjang pertandingan itu digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan mutu masakannya.
Terbaharu, dia menemukan menu agak berlainan iaitu maggi tiram yang menggunakan isi tiram segar sebagai bahan utama, selain isi ayam dan sayuran.
“Biasanya orang makan maggi ketam tetapi saya rasa ia sudah terlalu biasa di negeri ini dan saya ingin cuba sesuatu yang baharu.
“Alhamdulillah, percubaan kami berhasil apabila menu ini digemari ramai termasuk mendapat tempahan khusus daripada pelancong luar Kelantan tetapi menu ini masih baharu di sini dan belum diketahui ramai,” katanya yang baharu sahaja lima bulan membuka warung megi tiram di Kampung Gong Batu, Kemayang.
Katanya, bekalan tiram diperoleh daripada suaminya, Musa Daud, yang memang terlibat dalam membekal makanan tersebut sebelum ini. Hasimah berkata, semangkuk maggi tiram segar boleh dinikmati dengan hanya RM8 di gerai mereka.
“Ada juga kami terima panggilan pelanggan dari Pelabuhan Klang yang kebetulan datang atas urusan kerja di negeri ini. "Mereka nak makan tiram segar dari kulitnya sekali pun kami boleh sediakan,” katanya.
Hasimah berkata, warungnya dibuka untuk kemudahan anaknya yang mengadakan latihan dikir barat di belakang warung tersebut.
Katanya, pasukan dikir barat yang dikendalikan suaminya dan disertai belia setempat itu terpilih sebagai wakil Kelantan pada pertandingan akhir dikir barat belia di Putrajaya, baru-baru ini.
“Anak-anak dan belia setempat ada buat latihan dikir barat berdekatan warung saya ni. Senang saya nak pantau mereka, selain mengelak mereka pergi ke tempat lain.
"Sekurang- kurangnya saya tahu mereka ada depan mata saya, duduk saja di warung ni,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 14 Jun 2014
No comments:
Post a Comment