Pasar Malam Buluh Kubu yang terletak di Jalan Maahad melalui (off) Jalan Pintu Pong di pusat bandar raya Kota Bharu. Foto: Arkib Facebook KBBRI (www.facebook.com/kbbri) |
Di Kelantan misalnya, pasar malam merupakan lokasi yang ideal untuk mencari makanan tradisi Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, laksam, dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional Kelantan. Kebanyakan pasar malam beroperasi seawal jam 17:00 atau selewat-lewatnya jam 18:00 sehingga ke jam 22:00 tetapi ada juga sesetengah pasar malam beroperasi sehingga tengah malam dan awal pagi.
Terdapat tiga lokasi pasar malam yang dibuka setiap hari di bandar raya Kota Bharu, Kelantan, iaitu (1) Pasar Malam Buluh Kubu di Jalan Maahad melalui Jalan Pintu Pong dan (2) Bazar Larut Malam Kota Bharu (Kota Bharu Uptown) di Jalan Parit Dalam di pusat bandar raya, manakala (3) Pasar Larut Malam Wakaf Che Yeh yang terletak kira-kira lima kilometer ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu melalui Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Kuala Krai.
Berikut disenaraikan lokasi-lokasi tapak pasar malam di seluruh Kelantan terutamanya di sekitar kawasan Kota Bharu Raya (Greater Kota Bharu) yang boleh anda kunjungi selain yang telah dinyatakan di atas:-
Setiap Hari Ahad
Berek 12, Kota Bharu (18:00 - 22:00) | Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu | Gunong, Bachok | Cabang Empat, Tumpat | Pekan Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat | Dataran Peladang, Kuala Krai.
Setiap Hari Isnin
Bandar
Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu | Padang Tembak,
Kota Bharu | Kok Lanas, Kota Bharu (18:00 - 22:00) | Kg. Laut, Tumpat | To' Uban, Pasir Mas (17:00 - 21:00) | Perupok, Bachok | Pekan Machang | Bukit Sireh, Kuala Krai.
Setiap Hari Selasa
Kota Jembal (Kedai Lalat), Kota Bharu |
Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu | Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu (18:00 -
22:00) | Pekan Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka) | Pasir Tumboh
Bandar Satelit Islam, Kota Bharu | Beris Kubor Besar, Bachok | Jalan Pintasan Pasir Puteh, Pasir Puteh | Kota Kubang Labu, Tumpat.
Setiap Hari Rabu
Flat Kg. Sireh, Kota Bharu | Padang Tembak, Kota Bharu | Kg. Kubor Maras (Langgar), Kota Bharu | Kg. Tapang, Kota Bharu (18:00 - 22:00) | Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu | Kg. Mulong, Kota Bharu (17:00 - 22:00) | Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya), Kota Bharu | Jalan Tanjung Baharu (PCB), Kota Bharu | Pekan Peringat, Kota Bharu | Padang KTM, Tumpat
| Kg. Morak, Tumpat | | Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza
Serangkai Mas) (17:00 - 21:00) | Gual Ipoh, Tanah Merah | Pekan Kuala
Krai.
Setiap Hari Khamis
Kawasan
Perindustrian Lundang, Kota Bharu | Pekan Ketereh | Kg. Jambu Merah
(berdekatan Jambatan Kada Resort, Melor), Kota Bharu | Gunong, Bachok | Pekan Wakaf Bharu, Tumpat (17:00 - 23:00)
| Tendong (berhampiran SK Othman Talib II), Pasir Mas | Cabang Tiga
Meranti, Pasir Mas | Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai
Timur) | Tok Bali, Pasir Puteh | Bandar Baharu Gua Musang (17:00 - 00:00).
Setiap Hari Jumaat
Taman Sri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu | Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas), Kota Bharu
| Pekan Melor, Kota Bharu | Pantai Irama, Bachok (17:00 - 22:00) | Kg.
Berangan, Tumpat | Kg. Kok Majid, Tumpat | Temangan, Machang.
Setiap Hari Sabtu
Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara), Kota Bharu | Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu | Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu (18:00 - 22:00) | Kg. Kok Pasir, Tumpat | Kg. Telaga Lanas, Tumpat | Kg. Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat (18:00 - 21:00) | Kg. Repek (berhampiran SMK Tiang Chandi), Pasir Mas | Beris Kubor Besar, Bachok | Pekan Kuala Krai | Pekan Pasir Puteh.
Nota: Dikemas kini setakat 28 Februari 2014
NOTA:
Penerbitan semula informasi daripada laman blog ini tidak dibenarkan
tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak kami.
Kami ingin memohon mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mencedok (copy & paste)
maklumat daripada laman blog ini untuk diterbitkan semula di laman
sosial sendiri atau laman awam lain seperti Facebook, multi-page thread (contoh: SkyscraperCity.com)
dan sebagainya. Hal ini kerana ia merupakan suatu tindakan yang tidak
bermoral dan tidak beretika dengan mengambil hasil kerja orang lain untuk mempopularkan laman blog, multi-page thread, dan Facebook sendiri.
Memang hebat...satu Kelate dibawah pen getah u an nya.
ReplyDeleteKemah
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKemah klate loni...
ReplyDeleteKemah klate loni...
ReplyDeleteMohon apply satu petak pasar malam...mintak no kontek pegawai yg handle...
ReplyDeleteTq...
Affandi